KITA ADALAH HAMBA ALLAH SWT, BUKAN SELAINNYA.
Setiap Rasul dan Nabi yang diutuskan kepada manusia membawa ajaran tauhid. Iaitu ajaran mengagungkan Tuhan. Jadi, manusia hidup adalah untuk menyembah Allah. Dengan kata-kata yang lain untuk beribadah kepada Allah atau mengabdikan diri kepada Allah. Bukan sahaja Allah menghendaki, kalau kita rujuk akal dan hati kecil manusia juga menghendaki manusia itu menyembah Allah. Buktinya bila ada orang mengatakan kepada kita, "Hai, saudara, saudara ini hamba Allah-lah." Secara sepontan, automatik akal kita akan mengiakan perkataan itu dan hati kita merasa puas, rasa lega dan rasa terima kasih kepada orang yang mengatakan yang kita ini hamba Allah. Fitrah manusia mengakui-nya walaupun mungkin tidak pernah solat seumur hidupnya, tidak pernah fikir Allah dan tidak pernah fikir Quran dan Sunnah. Sebaliknya apa pula kata hati dan akal kita kalau ada orang berkata: "Hai, saudara, saudara ini hamba nafsulah. Saudara ini hamba keretalah, saudara ini hamba dunialah, saud...