ISLAM AGAMA YANG BERWIBAWA.
Perpaduan itu satu rahmat dari Allah. Ia merupakan satu nikmat bagi manusia. Tuhan datangkan Nabi Muhammad SAW adalah sebagai satu rahmat buat alam semesta. Hadirnya baginda s.a.w. untuk mengikat dan menyatukan hati-hati manusia yang telah dipisahkan oleh hawa nafsu dan syaitan; hati-hati yang diikatkan dengan tali Allah Taala, iaitu agama Islam. Firman Tuhan: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka terjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Ali Imran, 3:103). Abuy...