Posts

Showing posts with the label jemaah

PERJUANGAN ABUYA TELAH BANYAK DISELEWENGKAN.

Image
Islam bukan sekadar satu akidah kepercayaan atau suatu pegangan. Ia adalah satu sistem hidup. Di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam dan perundangan serta sistem-sistem yang melibatkan akidah dan ibadah. Sama ada ibadah yang berbentuk lahir mahupun rohaniah. Ibadah lahir itu apa yang dinamakan syariat dan ibadah rohaniah itu ialah apa yang dinamakan tasawuf. Inilah dia Iman (Akidah), Islam (syariat), dan Ihsan (Tasawuf). Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan, العِÙ„ْÙ…ُ Ø¥ِÙ…َامُ العَÙ…َÙ„...

2016, MALAYSIA DIMERIAHKAN DENGAN SELAWAT PERDANA, ZIKIR PERDANA, PUTRAJAYA BERJEMAAH SUBUH DLL.

Image
Angin kebangkitan Islam yang berhembus lembut di Malaysia kian lama kian ketara. Makin ramai yang mahu mendengar dakwah. Makin ramai yang mahu mendengar Islam. Makin ramai yang mahu memperkatakan Islam bahkan makin ramai yang mahu dan rela dikaitkan dengan kebangkitan Islam. Tahap masyarakat umat Islam di Malaysia sekarang ada dua pilihan sahaja. Kerana era sudah berubah. Nilai hidup sudah berubah. Cara hidup sudah berubah. Kemuncaknya nanti umat Islam akan berubah secara total kepada Islam. Ia sedang berlaku berperingkat, di kalangan masyarakat Malaysia. Kebangkitan Islam yang sedang berlaku ini sudah tidak dapat ditahan dan dibendung. Kesedaran terhadap Islam kini bukan hanya pada sebahagian kelompok atau jemaah sahaja, malah ianya telah menyeluruh dan meresap kepada semua golongan di negara ini. Makar Allah berjalan dengan lancar, Allah jualah yang menjayakan rancangan-Nya yang telah tertulis sejak azali lagi yang mesti diyakini oleh semua orang Islam yang beriman dengan Qada d...

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih l...

CIRI-CIRI PERJUANGAN KEBENARAN YANG DIBAWA ABUYA.

Image
Akan sampai masa dan ketikanya, kesemua toifah kebenaran, jemaah kebenaran, atau tariqat yang benar akan bergabung dan disatukan di bawah panji-panji Islam. Ketika itu Imam Mahdi akan menjadi payungnya diperingkat sejagat. Di mana pun para pejuang kebenaran akhir zaman berada, apapun nama jemaah tariqat kebenaran, mereka akan bergabung bawah satu payung kepimpinan. Hadis menyatakan bahawa kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya telah memberikan ilmu, mendidik, dan memimpin kita bagi membuktikan kebenaran itu. Kini setelah 43 tahun berjuang, Abuya telah mematangkan roh kita dalam meneruskan perjuangan untuk bersama Imam Ummah atau pemimpin yang dijanjikan iaitu Imam Mahdi. Perjuangan Islam yang telah Abuya asaskan kini telah melebar dan meluas pengaruhnya hingga ke seluruh dunia. Perjuangan ini mempunyai masa depan kerana ianya dipimpin oleh Imam Mahdi. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang. Ertinya kita terus...

PESANAN MURSYID UNTUK MENUJU ERA UMMAH.

Image
Kita diminta dan dituntut didalam Islam supaya mencari keberkatan. Banyak keberkatan yang yang boleh dikutip dan diambil daripada sekeliling kita. Keberkatan ibu bapa, guru, orang soleh, berkat ilmu bermanfaat, keberkatan membaca Al-Quran, dan lain-lain lagi. Keberkatan itu bermaksud kebaikan yang bertambah-tambah. Setiap yang memberi berkat, natijahnya juga memberi kebaikan, faedah dan manfaat terutamanya kepada iman manusia. Kali ini penulis ingin berkongsi pesanan Mursyid kita, Abuya Attamimi setelah 15 tahun yang lalu pesanan ini jugalah yang beliau selalu ingatkan samada didalam kuliah atau ekspedisi bersamanya. Sebelum itu, Abuya mengingatkan bahawa sesuatu yang akan berlaku selepas ini membawa keuntungan besar kepada Islam, membawa kemenangan untuk Islam. Barangsiapa yang berjuang bersama Islam pasti akan merasa berkatnya serta nikmatnya. Pesanan ini membawa erti selepas ini perjuangan Abuya berada ditahap atau level yang baru. Sebelum itu, penulis ingin menyampaikan bahawa pes...

Perjuangan Semakin Laju Menuju Ummah.

Image
Hidup dengan Islam kita akan dimuliakan Allah. Berjuang di atas landasan jadual Allah adalah satu kekuatan di akhir zaman. Pernah suatu ketika kita pernah diberi peluang perjuangkan model kehidupan Islam dalam jemaah tetapi kita melupakannya, maka Tuhan tarik kembali nikmat tersebut dari kita. Maksud firman Tuhan: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim:7). Kebenaran itu adalah satu nikmat. Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni. Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama, amat perlukannya sebab i...

PERJUANGAN TIMUR BERSAMA KEPIMPINAN UMMAH.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan perubahan manusia inginkan keamanan. Manusia sudah kehilangan kasih sayang. Samada orang bukan Islam dan orang Islam yang kehilangan kasih dan sayang di dalam kehidupan. Mereka meniru cara hidup haiwan bahkan lebih dahsyat lagi. Samada mereka sedar atau tidak. Ramai manusia yang telah terperangkap dengan budaya hidup liar bagaikan haiwan dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Timur. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Perjuangan Islam di Timur mengambil pendekatan secara kasih sayang. Apakah persiapan minda dan jiwa kita semua dalam meneruskan perjuangan ini – perjuangan akhir zaman, perjuangan yang paling getir dan paling bermakna. Semoga hasil di dunianya akan kita lihat dan rasai sepenuh hati dan perasaan. Iaitu sebelum hasil ...