Posts

Showing posts with the label muhasabah

RAMADHAN ADALAH BULAN RAHMAT.

Image
Ramadhan menjelang tiba lagi. Ada banyak nikmat di dunia ini yang kita rasakan, sangat banyak dan terkadang kita lupa untuk mensyukurinya. Tidak kurang di antara kita lupa bahwa nikmat ini hanyalah dari-Nya dan semua ini akan kembali kepada-Nya termasuk nyawa dan semua yang kita miliki. Mana milik kita semua yang ada Tuhan yang punya. Kedudukan seorang hamba di sisi Allah bukan diukur berapa banyak ibadah dan fadhilat-fadhilat yang diamalkannya tetapi apa yang ada didalam hatinya. Iaitu keimanannya, keyakinannya dan ketaqwaannya. Maksud firman Tuhan: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemulian. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikan dan malaikan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadr, 97:1-5). Maksud firman Allah: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,...

PERCATURAN ALLAH MEMPROSES MALAYSIA DAN SEISINYA.

Image
Percaturan Allah untuk kebangkitan Timur ini ialah dengan memproses hati rakyat Malaysia untuk menerima Islam atau setidak-tidaknya mencintai kebenaran. Rakyat Malaysia sedang menuju ke satu arah yang lebih baik keislamannya. Pengamalan Islam kian meningkat. Rakyat Malaysia semakin serius melaksakan penutupan aurat, sembahyang, menjauhi perkara-perkara mungkar seperti zina, pergaulan bebas, arak, judi serta lain-lain, tidak terkecuali golongan industri hiburan di Malaysia. Dengan Iman dan taqwa, rakyat telah berubah. Dunia hiburan negara semakin indah dengan perubahan demi perubahan artis-artis popular. Bagi artis lelaki, kita dapat melihat dengan perubahan kata-kata, pergaulan dan penampilan mereka sementara artis wanita pula dapat dilihat dengan permulaan imej bertudung mereka. Berikutan itu, Abuya pernah ingatkan kita bahawa perubahan di Malaysia bermula dari bawah. Golongan terakhir yang akan berubah atau berhijrah kepada kehidupan Islam ialah golongan selebriti. Fenomena artis y...

PENGAJARAN DARI BANJIR BESAR 2014.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi) Allah SWT bila cintakan seseorang hamba maka ditimpakanlah kepada si hamba dengan sebesar-besar ujian dan peperiksaan yang pasti tidak tertanggung oleh hamba-hamba biasa. Penghujung tahun 2014 negara kita dikejutkan dengan bencana alam berbentuk banjir yang menjejaskan beberapa buah negeri. Seperti biasa, memang negeri-negeri Pantai Timur akan dilanda banjir namun pada tahun ini keadaanya lebih dahsyat dan buruk. Malah ia dikatakan terburuk dalam sejarah sejak 1971. Allah Taala perlihatkan kuasanya yang Maha Hebat dan Dahsyat itu dan sememangnya ia sangat menggerunkan. Hasilnya seolah-olah dilanda tsunami yang melanggar Aceh pada tahun 2004. Kerosa...

IKTIBAR DAN MUHASABAH DARI 2014.

Tahun 2014 merupakan satu tahun yang sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia, khususnya buat pemimpin negaranya Dato Seri Najib Tun Abd. Razak. Negara kita diuji dengan ujian dari dalam dan luar yang datang dalam berbagai bentuknya. Dugaan yang menimpa tak mengenal sesiapa, baik rakyatnya, para pemimpin, ahli perniagaan, tak kenal usia dan diperingkat mana. Semua ini Allah Taala yang tentukan dan telah tertulis di Azali semenjak dunia diciptakan. Sebagai umat Islam, kita mesti menerimanya sebagai salah satu tanda keimanan terhadap Allah Taala, iaitu beriman dengan Qada dan Qadar. Bermulanya ujian di awal tahun antaranya kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan harga barang-barang yang mendadak. Begitu juga dengan cabaran dibeberapa buah negeri terutama Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bila Allah uji dengan kemarau yang menyebabkan catuan air lebih sebulan dibeberapa tempat dan kawasan. Kesemua ini cukup memeningkan pentadbiran Negara kita. Hinggalah Allah uji deng...

RASUL MEMIMPIN IKHWAN DAN ASOIB SECARA ROH

Maha Hebatnya Tuhan sebagai Khaliq (Maha Pencipta) berhubung dengan hambanya (makhluk) iaitu ciptaannya melalui hati atau roh hambanya. Bila hati manusia sentiasa terhubung dengan Tuhannya maka fizikal manusia akan menerima kesannya. Bila hati sentiasa rasa takut maka samaada dikhalayak ramai atau bersendirian, di depan atau di belakang sama sahaja.Tapi bila hati atau roh terputus dengan Tuhannya apa yang akan berlaku di depan lain di belakang lain.  Bagaimana cara supaya hati sentiasa terhubung dengan Tuhan?  1. Kosongkan Hati  Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: افْرِغْ قَلْبَكَ أَسْكُنُ فِيْهِ Kosongkan hatimu Aku (Tuhan) akan berada didalamnya. Kosongkan hati ertinya menyucikan hati dari segala sifat-sifat jahat. Dengan kata lain melemahkan dan menjinakkan nafsu sehingga nafsu menjadi Islam dan tak mengotori hati dengan sifat-sifat jahat.  Rasulullah saw sangat mengingatkan kita supaya menjaga hati atau roh ja...