Posts

Showing posts with the label asoib

KITA ADALAH HAMBA ALLAH SWT, BUKAN SELAINNYA.

Image
Setiap Rasul dan Nabi yang diutuskan kepada manusia membawa ajaran tauhid. Iaitu ajaran mengagungkan Tuhan. Jadi, manusia hidup adalah untuk menyembah Allah. Dengan kata-kata yang lain untuk beribadah kepada Allah atau mengabdikan diri kepada Allah. Bukan sahaja Allah menghendaki, kalau kita rujuk akal dan hati kecil manusia juga menghendaki manusia itu menyembah Allah. Buktinya bila ada orang mengatakan kepada kita, "Hai, saudara, saudara ini hamba Allah-lah." Secara sepontan,  automatik  akal kita akan mengiakan perkataan itu dan hati kita merasa puas, rasa lega dan rasa terima kasih kepada orang yang mengatakan yang kita ini hamba Allah. Fitrah manusia mengakui-nya walaupun mungkin tidak pernah solat seumur hidupnya, tidak pernah fikir Allah dan tidak pernah fikir Quran dan Sunnah. Sebaliknya apa pula kata hati dan akal kita kalau ada orang berkata: "Hai, saudara, saudara ini hamba nafsulah. Saudara ini hamba keretalah, saudara ini hamba dunialah, saud...

BERJUANGLAH MENAMBAH IMAN DAN AMAL.

Image
Firman Allah: ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَٱلصَّٰبِرِينَ عَلَىٰ مَآ أَصَابَهُمْ وَٱلْمُقِيمِى ٱلصَّلَوٰةِ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. (Al-Hajj,22:35). Ikhwan adalah golongan yang dirindui oleh Baginda Rasul s.a.w., juga di kenali sebagai orang roh (rijalul ghaib) yang dapat melakukan satu pembaharuan melibatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Mereka telah menggabungkan pendekatan sufi dan teknologi. Hasilnya lahirlah masyarakat Islam yang berjiwa sufi membangunkan teknologi dunia yang selamat dan menyelamatkan. Mereka bergelanggang dalam dunia korporat. Mereka juga peneraju dalam pelbagai bidang tetapi tetap mengekalkan jiwa hamba. Mereka perkenalkan ajaran sufi ya...