Posts

Showing posts with the label bersih

MUJAHADAH SATU KEPERLUAN.

Image
Melawan hawa nafsu memerlukan sebuah perjuangan yang hebat dan besar. Hawa nafsu yang tak dilawan, tak dididik, tak terpimpin, ia akan menjauhkan manusia daripada Tuhan. Hawa nafsu yang tak terdidik akan menjadi ganas dan buas, malah keganasannya lebih dahsyat dan memusnahkan. Kemusnahan yang disebabkan oleh hawa nafsu bukan sahaja boleh mengorbankan harta dan nyawa, malah menyebabkan manusia terhumban kedalam api neraka, Nauzubillah min zalik! Kerana itulah hawa nafsu ini perlu dididik dan dipimpin. Untuk mendidik nafsu, memerlukan kekuatan maknawi yang luarbiasa. Kerana nafsu itu tidak berjasad, tidak dapat dipegang, tak dapat dilihat, tahu sahaja kita dah dalam lembah kehinaan bila dikuasainya. Ibarat haiwan liar, sebelum dijinakkan, perlu bersabung nyawa dengannya, nasiblah kalau ditendang olehnya atau ditanduk olehnya. Dan sebab itulah untuk melawan hawa nafsu ini perlukan ilmu. Tak boleh semberono. Tak boleh sebarangan dalam menghadapinya, perlukan persiapan dan persediaan. Dan t...

MENCEGAH DAN MENGUBATI PENYAKIT MANUSIA.

Pepatah Melayu ada berbunyi, mencegah lebih baik dari mengubati. Jika ditafsirkan menurut bidang perubatan, menghalang dan menghindar diri daripada mendapat jangkitan penyakit adalah lebih baik dari mengubatinya setelah dijangkiti atau terkena sesuatu penyakit. Menjaga kesihatan diri adalah dituntut dalam Islam. Jika badan tidak kuat dan tidak sihat, ianya menyukarkan dan menyulitkan kerja-kerja kebajikan yang mahu dilaksanakan. Payahlah hendak berkhidmat dengan manusia kerana masalah kesihatan. Begitu besar sekali nikmat kesihatan pada manusia yng Allah Taala berikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari). Rasulullah SAW bersabda lagi,  “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Begitulah Allah Taala yang sangat kasihkan ...