Posts

Showing posts with the label selawat

KELUARGA MODEL: AKHIRAT ADALAH MATLAMAT, DUNIA SEBAGAI ALAT.

Image
Sering Abuya menegaskan kepada kita, Islam seharusnya menjadi matlamat bukan alat. Peringatan ini sering disampaikan di dalam dewan kuliah atau ketika berekspedisi bersamanya. Tugas pemimpin untuk mengingatkan dan memandu kita sudah dilaksanakan, soal merubah pemikiran dan hati itu adalah urusan dan hak Allah. Manusia hanya ditugaskan menyampaikan. Hidayah hak Allah SWT. Ini mengingatkan kita kepada teguran Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah kepada bapa saudara Baginda. Bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib yang sangat banyak membantu di awal perjuangan Nabi Muhammad SAW namun tetap tidak memeluk agama Islam. Baginda yang begitu sedih dengan kematian bapa saudaranya, sehingga Allah mengingatkan Baginda SAW, "Tidaklah engkau (wahai Muhammad) hanyalah menyampaikannya sahaja." Jadikan keluarga atau rumah tangga sebagai wadah perjuangan. Kerana rumah tangga atau keluarga  adalah wadah perjuangan yang paling kecil. Keluarga adalah wadah kecil perjuangan, ker...

MEMBESARKAN SYIAR ISLAM DALAM KEHIDUPAN.

Image
Ikhwan dan Asoib sangat gigih dan kuat cita-cita mereka untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Mereka begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-­satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-cita mereka sebab itu apa sahaja yang dilakukan dengan tujuan meninggikan syiar Islam. Apa sahaja yang dilakukan akan dikaitkan dengan Islam. Sehingga Islam dilihat meriah dimana-mana. Contoh menyambut kelahiran bayi juga akan diambil peluang untuk membesarkan syiar Islam, membuat kenduri sempena meraikan Aidilfitri atau IdulAdha, rumah terbuka, majlis Maulid Nabi, majlis kesyukuran, kenduri kahwin dan lain-lain; ini semua boleh dijadikan platform  atau landasan membesarkan syiar Islam. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Imam Tirmizi). Dari Abu Hurairah r.a...

ZIKIR DAN TAHLIL MELAHIRKAN PENYELAMAT.

Image
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra'd, 28. Hati yang mengingati Allah swt, diberikan anugerah dan nikmat yang besar, iaitu KETENANGAN. Tenang dan tenteram ini adalah satu perasaan yang bukan dibuat-buat atau direka-reka. Allah swt adalah Penjaga Hati ( Muqallib Qulub ), maka Dia jugalah yang merubah-rubah perasaan manusia mengikut amalan dan perjalanan hatinya. Orang yang hatinya diberi ketenangan, fikirannya berjalan dengan baik, jauh pula pandangannya. Ini kerana hatinya tidak diberatkan dengan sesuatu yang mengganggu fikirannya. Bila hati tenang maka fikiran akan menjadi lapang. Subhanallah. Maha Hebat Allah swt menjadikan semua ini. Daripada dalil Quran tadi, sudah cukup membuktikan bahawa mereka yang mengingat...

RAMADHAN ADALAH BULAN RAHMAT.

Image
Ramadhan menjelang tiba lagi. Ada banyak nikmat di dunia ini yang kita rasakan, sangat banyak dan terkadang kita lupa untuk mensyukurinya. Tidak kurang di antara kita lupa bahwa nikmat ini hanyalah dari-Nya dan semua ini akan kembali kepada-Nya termasuk nyawa dan semua yang kita miliki. Mana milik kita semua yang ada Tuhan yang punya. Kedudukan seorang hamba di sisi Allah bukan diukur berapa banyak ibadah dan fadhilat-fadhilat yang diamalkannya tetapi apa yang ada didalam hatinya. Iaitu keimanannya, keyakinannya dan ketaqwaannya. Maksud firman Tuhan: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemulian. Dan tahukan kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikan dan malaikan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadr, 97:1-5). Maksud firman Allah: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,...

BERSANGKA BAIKLAH KEPADA ALLAH.

Image
"Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" - inilah lafaz dan ucapan yang mesti diucapkan sebelum melakukan sebarang amal perbuatan dan pekerjaan. Hikmahnya terlalu banyak. Tersingkap dan tersimpan 1001 rahsia bersama ayat yang Islam ajarkan untuk dibaca setiap kali sebelum melakukan apa jua pekerjaan. Kali ini, kita ambil sedikit sahaja daripada hikmah dan ilmu yang sangat tinggi nilainya yang Allah ajarkan kepada kita. Yang sedikit ini jika dihayati dan difahami, cukup untuk menenangkan jiwa, menghilangkan duka dan nestapa, memberikan kebahagian dan keselamatan yang membawa ke akhirat kelak, insha Allah. Dalam banyak-banyak nama dan sifat Allah yang kita ketahui ataupun tidak, Allah pilih 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' sebagai lafaz yang dikampilkan untuk diucapkan selalu dalam kehidupan seharian. Kenapa tidak dipilih nama-nama atau sifat yang gagah seperti 'Al-Qahhar' atau 'Al-Jabbar', 'Al-Qawiy', 'Al-Mutakab...

MULUT MENZAHIRKAN HATI DAN IMAN.

Image
Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Aku berkata: “Ya Rasulullah, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.” Baginda bersabda, “Katakanlah: Allah adalah Tuhanku, kemudian istiqamahlah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan atasku? Maka Rasulullah memegang lidahnya kemudian berkata: “Ini.” (Riwayat Al-Tirmizi) Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Alhamdulillah. Sekian banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, tidak satu pun Allah meminta bayaran untuknya melainkan meminta kita untuk bersyukur dan menggunakannya di jalan yang diredhai Allah taala. Lidah adalah anggota penting buat manusia. Tanpa lidah manusia tak boleh...

IMAN ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DAN UTAMA.

Sesuatu yang berharga dan istimewa sudah tentu akan dikongsikan dengan mereka yang rapat dan terdekat. Ianya sebagai bukti dan tanda kasih kepada seseorang, juga fitrah yang Allah taala bekalkan sejak azali lagi dan perasaan itu bukan dibuat-buat atau direka. Seperti emas dan permata, sudah tentu kita kongsikan dengan keluarga terdekat kita atau orang yang kita sayang. Umumnya begitulah. Sudah tentu sesuatu yang berharga daripada emas dan permata, bernilai di dunia dan di akhirat, sudah pasti kita akan berikan kepada kerabat terdekat kita. Itu pun fitrah yang Allah taala bekalkan kepada manusia. Nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya sebelum baginda sendiri bertindak menghancurkan berhala-berhala. Begitu juga kisah-kisah Rasul-rasul yang lain, sudah pastinya keselamatan Iman manusia diambil berat terutama keluarganya, kerana disitulah terletak kesungguhan dan keikhlasan dalam berjuang dan berdakwah. Sebelum menasihati orang lain, keluarga dan kerabat terdekat akan dinasihati terlebih d...

SUNTIKAN ROH PERJUANGAN DARI KECIL DARIPADA ABUYA.

Image
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya menyuntik atau menanamkan roh kepimpinan, saya pasti teringat Baling, kira-kira 421 km ke utara Kuala Lumpur. Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang . Abuya menghantar anak-anaknya bersama anak-anak ahli jemaah seramai 12 orang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Pelajar lelaki tersebut ialah, Fakhrur Razi bin Ashaari, Mohd Nizamuddin bin Ashaari, Muhammad Khomsin, Azman bin Atan, Ahmad Yasin dan Wan Mohammad Sufi. Pelajar perempuan pula ialah Nasibah binti Ashaari, Hafsamiati, Kamaliah binti Saad, Normala, Norsiah dan Latifah (anak saudara Hasan Mokhtar).  Ada beberapa seb...

MASANYA SUDAH HAMPIR TIBA!

Image
Dunia kini bergolak dengan pelbagai musibah yang melanda, hasil ciptaan manusia itu sendiri. Daripada bencana alam, tragedi kemanusiaan yang mengorbankan nyawa, kejatuhan ekonomi yang melampau, keruntuhan moral dan akhlak yang serius terutama di kalangan anak muda atau generasi muda, gejala sosial, dan seribu satu macam lagi bencana yang melanda; semua ini hasil ciptaan atau bayaran daripada apa yang manusia itu sendiri kerjakan! Firman Allah Taala, Telah timbul berbagai  kerosakan  dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - (Ar-Rum: 41) Konspirasi demi kospirasi dirancang untuk memusnahkan agama Allah, namun Allah ada cara untuk selamatkan agamanya. Musibah dan fitnah ciptaan manusia ini bukan kali pertama, malah ratusan kali atau lebih l...

KHUTBAH AIDILADHA 2015: HIKMAH HAJI DALAM MEMBINA WADAH ISLAMIAH.

Image
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ "Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Daku datang memenuhi panggilan-Mu Daku datang memenuhi panggilan-Mu, Tiada sekutu dan setanding dengan-Mu, aku datang m...

NASIHAT BUAT PEJUANG GENERASI BARU.

Image
وَقُلِ اعمَلوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُم وَرَسولُهُ وَالمُؤمِنونَ ۖ وَسَتُرَدّونَ إِلىٰ عٰلِمِ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". (At-taubah: 105) Kita berada di satu era baru, iaitu peralihan dunia kepada Islam. Mana-mana pergerakan atau perjuangan samada berbentuk jemaah thoifah, atau jemaah tariqat, atau jemaah pondok, atau kelompok-kelompok kecil yang perjuangkan Islam; kini sedang mengalami perubahan era dan corak kepimpinan atau pentadbiran. Mana-mana perjuangan yang disebut tadi kini sedang beralih kepimpinan kepada generasi baru mereka. Ini berlaku kepada perjuangan kebenaran mahupun kebatilan. Sebaga...