Posts

Showing posts with the label Rohingya

MALAYSIA REBUTAN ANTARA KEBENARAN & KEBATILAN.

Image
Malaysia kini menjadi rebutan antara kebatilan yang diterajui oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya dan kebenaran pula diterajui oleh Fata At Tamimi, di ikuti dengan Imam Mahdi dan disempurnakan oleh Nabi Isa AS. Sejarah telah membuktikan bahawa Timur Tengah pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga menjadi saksi Benua Afrika pernah menjadi pusat empayar Islam. Sejarah juga telah merakamkan Eropah pernah menjadi pusat pentadbiran empayar Islam. Di era kebangkitan ini, Bumi Timur khususnya Malaysia mendapat perhatian dunia. Apa yang berlaku pada Etnik Rohingya sekarang, dan kelemahan umat Islam sedunia menyentak hati Kita untuk berfikir – Bilakah Penyelamat akan muncul?  Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, sepatutnya kita menyedari dan mengakui sungguh-sungguh bahawa kemunculan Imam Mahdi tetap akan berlaku apabila masanya tiba. Bagaimanapun, berita mengenai kedatangan Imam Mahdi ini tidak sepatutnya menghalang kita sebagai seorang Islam daripada menunaikan tanggungjawab ki...

NASIB UMAT ISLAM DAHULU, KINI, DAN AKAN DATANG.

Image
Dahulu, umat Islam pernah berada di puncak era kegemilangan. Kini ianya telah menjadi tinggalan sejarah. Kegemilangan umat itu bukan sahaja berjaya menguasai tiga perempat dunia tetapi juga turut melalui tempoh yang paling panjang dalam sejarah empayar dunia iaitu tujuh abad atau tujuh ratus tahun lamanya pada empayar Usmaniah. Pencapaian umat Islam itu adalah di atas kehendak Allah SWT. Tuhan yang maha berkuasa mendatangkan bantuan dan pertolongan-Nya kerana umat Islam yang memenuhi kelayakan dan mempunyai syarat-syarat untuk memperolehinya. Bangsa-bangsa lain bernaung di bawah payung Islam kerans umat Islam sendiri dinaungi oleh Allah SWT yang Maha Agung. Martabat dan maruah umat Islam di angkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab. Melainkan kerana umat Islam sangat kuat berpegang kepada Al Quran dan As-Sunnah. Mereka benar-benar beriman dan bertaqwa. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba dan dalam masa yang sama sebagai khalifah. Mereka telah menterjemahkan Al Quran dan As-Sunn...