Posts

Showing posts with the label ajaran

PENDIDIK MEMBERI ILMU DAN MEMBINA AKHLAK MULIA.

Image
K ejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cita kepada-Nya. Cinta dan takut itu menjadikan manusia itu suka untuk beribadah kepada Tuhan-Nya. Buah dari ibadahnya melahirkan manusia yang baik yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.  Mendidik untuk melahirkan manusia seperti ini bukan mudah. Ini kerana manusia itu ada jasad lahir (fizikal), ada jasad batin (akal, roh dan nafsu). Kejayaan mendidik manusia ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak itu. Maka bagi orang yang bercita-cita membaiki diri, guru-guru atau pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya "PENDIDIKAN ITU RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA" . Akhlak berasal daripada perkataan Arab yang ertinya tingkah laku menurut kamus Besar Dewan,   Perangai menurut kamus Arab-Melayu oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus, Sifat atau watak menurut kamus OXFORD FAJAR. Akhlak maksudnya perangai, sifat...