PEJUANG ADALAH PENGHIBUR HATI MANUSIA.
Firman Tuhan: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107). Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yang paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja-kerja Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung. Bila membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) itu sudah cukup menghiburkan manusia jikalau manusia benar-benar berfikir. Dalam banyak-banyak sifat dan nama Allah yang Maha Hebat, Allah minta kita sebut Ar-Rahman dan Ar-Rahim dalam apa jua urusan. Ini menunjukkan bahawa sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim mengatasi segalanya. Jika kita mengetahui maknanya kita akan malu dan tunduk setunduknya kerana Allah itu sangat terlalu baik dan pemurahnya kepada hamba-hambaNya. Ini sudah cukup menghiburkan namun hanya d...