Posts

Kenyataan Abuya Mengenai Demokrasi

Sedutan ucapan Tun Dr Mahathir , bekas Perdana Menteri Malaysia; Berita Harian online. Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya. "Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya. Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003, berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama di Majlis Konvokesyen Khas University of Santo Tomas (UST) di Manila, ibu negara Filipina. - bharian.com.my Nampaknya dari kenyataan Tun Dr.Mahathir, dia bar...

Malaysia Selamat, Berkat Abuya

Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat  sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Abuya Pemuda Bani Tamim. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Walau pun rakyatnya pelbagai kaum dan agama namun hidup dalam suasana harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Percaya atau tidak, semua yang terjadi pada Malaysia adalah kerana berkat seorang pemimpin yang dijanjikan, yang dilahirkan di bumi Malaysia. Seperti yang disebut oleh athar dari sahabat Rasul SAW:  وَ بِهِمْ يُنْصَرُونَ وَ بِهِمْ يُرْزَقُوْنَ "Dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberi pertolongan  dan dengan sebab mereka itu ( orang-orang Tuhan ) diberikan rezeki. " "Abuya juga pernah sampaikan pada kita bahawa, Malaysia (Putra Jaya) adalah model pusat pentadbiran lahir dan Mekah menjadi model pentadbiran rohaniah."

MELAYU BARU ATAS NAMA ISLAM

Perkembangan sosial di Malaysia sangat menakutkan. Berita pembuangan bayi di merata tempat bukan lagi berita sensasi kerana sudah terlalu lumrah. Pengalaman GISB membuka projeknya di 3/4 dunia menerima respon yang baik di kalangan masyarakat antarabangsa, yang kemuncaknya GISB bertapak membangunkan projek di Haramain.  Di kalangan masyarakat Arab mereka menyatakan, "kamu dari Malaysia bagaikan Malaikat". Begitu sekali mereka memberikan kepercayaan kepada umat Islam dari Malaysia. Sikap dan watak orang Melayu dikenali sebagai kaum yang cukup bersopan santun. Bukan berwatak ganas dan kasar. Orang Melayu cukup lunak dalam serba serbi. Bukan kasar seperti orang Timur Tengah, orang Pakistan, orang Iran, orang Afrika.  Kita mendengar komentar masyarakat antarabangsa meluahkan kepada kita, bila mereka tahu kita dari Malaysia. Apa yang Abuya kongsikan dengan kita,  peperangan di Afghanistan, kematian di kalangan mereka hasil peperangan sesama sendiri lebih ban...

Ikhwan Dan Asoib; Pilihan Atas Pilihan

Mereka yang belajar di menara gading adalah orang-orang yang telah mengikuti ujian dan peperiksaan. Mereka adalah yang telah berjaya melepasi peringkat-peringkat dan ujian yang diaturkan bermula di peringkat rendah, menengah hinggalah ke pengajian tinggi. Bilangan awalnya ramai, tetapi setelah ujian demi ujian, peperiksaan demi peperiksaan, yang tinggal hanya sedikit. Itulah golongan yang mampu untuk berada di menara gading. Mereka adalah pilihan di atas pilihan, saringan atas saringan. Begitulah pejuang-pejuang di akhir zaman yang ditawarkan oleh Rasul SAW, iaitu Asoib dan Ikhwan. Bilangan mereka juga tidak ramai. Peluang terbuka kepada semua, tapi hanya pilihan sahajalah yang akan berjaya. Bukan sebarang pilihan, pilihan atas pilihan. Calon-calon yang ditawarkan oleh Rasul SAW tersebut, kena lalui ujian dan peperiksaan yang telah diberikan kepadanya. Mereka adalah orang-orang yang sanggup menanggung keperitan dan kesusahan untuk membela agama Allah, agar Islam d...

Kemenangan Muharram Adalah Hasil Gabungan Kekuatan Pasukan Roh Dan Pasukan Lahir.

Islam telah mengajarkan kita bahawa dalam semua rukun Iman adalah persoalan ghaibiah atau ruhiah. Siapa-siapa yang meninggal dunia atau ghaib, bilamana rohnya itu suci, ia dibawa ke satu tempat berhimpunnya roh-roh suci. Yakni termasuklah roh-roh para Nabi dan para wali. Allah berfirman : تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ   "Pada Malam itu, turun para malaikat dan para roh dengan izin Tuhan mereka, dalam segala urusan."   Al-Qadr: 4 Daripada ayat di atas, Tuhan menjelaskan bahawa memang akan didatangkan bantuan-bantuan daripada alam ghaib yang terdiri daripada malaikat dan roh-roh suci. Roh-roh suci ini terdiri dari kalangan para nabi, para wali, orang-orang soleh, orang beriman, juga jin-jin Islam. Mereka inilah pasukan tentera roh atau pasukan alam ghaib. Juga Bonda Wasilah perkenalkan istilah yang lain, mereka ini adalah daripada Kerajaan Ajaib.

ABUYA DI MANA-MANA.

“Now Abuya is every where”- Abu Khairullah Pada era dakwah ke luar negara, sebelum Arqam diharamkan, Abuya telah berdakwah ke seluruh Filipina terutamanya di ibu negaranya, Manila. Ada sebuah keluarga yang kuat pegangan kristiannya, telah diislamkan oleh Abuya. Rujukan boleh didapati dalam koleksi video Arqam. Keluarga yang yang telah islam ni terdiri daripada pasangan suami isteri dan anaknya. Sedangkan nenek di dalam keluarga tersebut adalah tokoh kristian yang menjadi rujukan penganut-penganutnya di sana khususnya di Manila. Ketika kami, rombongan Arqam menziarahi keluarga tersebut, nenek itu berkata kepada Abuya;  “Terima kasih Abuya kerana telah mengislamkan cucu saya”.   Dan dia berkata Abuya didatangkan oleh Tuhan untuk menyelamatkan manusia. Cucu kepada keluarga tersebut, yang nama islamnya Abu Khairullah telah bermimpi selama tiga hari berturut, yang di dalam mimpinya Abuya minta dia datang ke Malaysia. Hasil dorongan daripada mimpi te...

Jurucakap Rasulullah Juga Seorang Wanita

Siti Aisyah, Ummul Mukminin yang sangat membantu Rasulullah SAW di dalam membantu dan menyampaikan hasrat Baginda. Juga membantu memahamkan para sahabat apa-apa yang telah disampaikan daripada Baginda. Para sahabat, untuk sekadar memahami apa yang Baginda sampaikan itu, sekali sebut sahaja mereka sudah faham. Itu ilmunya. Tetapi untuk pengamalannya, ternyata para sahabat merujuk dengan Siti Aisyah. Merujuk untuk bagaimana perkara-perkara itu hendak dilaksanakan. Siti Aisyah bukan calang-calang wanita. Dia suka perpanjangkan silaturrahim kepada manusia. Jika bukan gilirannya bersama Baginda, dia akan bersedekah sebanyak yang mungkin yang termampu. Dia juga dikenali sebagai seorang wanita yang paling mahir bersyair, paling faham soal fekah dan sangat pakar di bidang perubatan. Ini semua dipelajarinya daripada Baginda Rasul sendiri dan ini para sahabat sangat menyaksikannya. Di usia seawal 9 tahun, bermulalah kelas pengajiannya dengan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ad...