Posts

ROH YANG MATANG DAN BERWAWASAN MEMBENTUK GENERASI BARU YANG BERKUALITI.

Melihat kepada kerosakkan masyarakat di Malaysia, dengan isu gejala rasuah, buang bayi, pertambahan jangkitan HIV dan AIDS serta isu penagihan dadah yang semakin meruncing dan lain-lain masalah sosial; apalah maknanya kita disanjung sebagai negara Islam yang terkedepan dibidang teknologi dan kemajuan? Kalau manusianya setaraf haiwan bahkan lebih dahsyat, tidak hairanlah jika ada yang meminta agar aspek insaniah dan kerohanian tidak dipandang remeh. Sebaliknya ia perlu diperkasakan dalam dasar pendidikan negara. Sistem pendidikan yang berteraskan wahyu dan ilham harus menjadi nadi perubahan , membina generasi baru yang lebih berkualiti. Bukan hanya daripada aspek intelektual, tetapi juga akhlak yang menekankan pembinaan ruhiyyah. Kaya ilmu dan kaya dengan peribadi murni. Tiada guna kita melahirkan generasi yang kaya dengan ilmu, tetapi miskin dengan peribadi murni. Insaniahnya gersang, jasad yang sudah tiada rohnya ibarat manusia tiada nyawa. Begitu juga setiap amala...

ZAMAN IMAM MAHDI ADALAH ZAMAN TEKNOLOGI ROH MENUTUP JASAD.

Pada hari ini , huru hara, perperangan di mana-mana. Apa yang digambarkan oleh Rasulullah saw telah menjadi kenyataan . Umat Islam berperang sesama sendiri, musuh Islam dijadikan kawan, ulama-ulama diperangi. Perperangan yang tidak terhenti, seperti ribut yang tidak bermusim, bahkan berpanjangan. Ianya berlaku antara kerajaan dengan rakyatnya dan rakyat sesama sendiri. Perperangan antara kerajaan Syiria dan rakyatnya, begitu juga krisis dan kemelut sedang bergolak di Iraq, di Mesir di Mali, Somalia, bahkan semua negara negara Arab tidak terkecuali. Terkini sedang melarat ke Arab Saudi. Penanda dari Kerajaan Ajaib tentang kedatangan pemimpin penyelamat itu, dia sudah sangat hampir. Jelas semua orang sedang merindukan penyelamat. Hanya pemimpin yang Tuhan datangkan sahaja yang mampu menangani kemelut yang sedang berlaku di dunia hari ini. Zaman Imam Mahdi as, akan mempunyai 'Teknologi Roh Menutup Jasad', bukan seperti teknologi macam sekarang. Sebelum ini pernah Bonda...

MINDA ABUYA MERUBAH CARA BERFIKIR UMAT ISLAM DI ASIA TENGGARA.

Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Penulisan dan penerbitan minda Abuya adalah nadi kepada jemaah Darul Arqam. Bahkan merubah bangsa melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru , iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Minda Abuya banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam di Malaysia dan di Indonesia. Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa melayu sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah giliran orang melayu menerajui empayar Islam. Penerbitan buku di Asia Barat, banyak berkait dengan minda dari tokoh-tokoh Ikhwan Muslimin. Setelah hampir 100 tahun, minda Ikhwan Muslimin merubah pemikiran umat Islam di Asia Barat , bahkan hampir seluruh dunia Islam mengambil minda mereka. Buktinya, selepas kenaikan Ikhwan di Mesir, semangat umat Islam berkobar-kobar untuk mewujudkan negara...

PARA MUJADDID SANGAT DIMUSUHI YAHUDI!

Para mujaddid sangat dimusuhi yahudi dan kuncu-kuncunya, samada dikalangan orang Islam sendiri. Selepas tidak ada lagi nabi dan rasul, maka didatangkan para mujaddid untuk memberikan nafas baru kepada tafsiran Quran dan Hadis. Ianya bukan saja diterima sebagai sumber ilmu bahkan sumber kekuatan kepada para pejuang-pejuang Islam. Masyarakat di Timur Tengah rata-ratanya tidak bermazhab. Kebanyakan beramal mengikut selera masing-masing. Ini kita dapat lihat bila berada dan bermasyarakat sendiri dengan mereka di sini. Islam diamalkan mengikut kehendak mereka, bukan kehendak agama. Namun hal itu tidak berlaku di Malaysia. Dasar kerajaannya adalah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan Syafie. Masyarakatnya juga terbentuk dengan Islam yang bermazhabkan Imam Syafie, berkat perjuangan Abuya, setelah hampir 50 tahun Abuya berjuang bersama jemaahnya.  Tiada siapa boleh menafikan bilamana Syiah cuba bertapak di Malaysia di awal Revolusi Iran, Abuya-lah yang menjadi penyelamat A...

Dunia menunggu pemimpin yang dijanjikan.

Pada 24/1/2013 bersamaan 12 Rabiul Awal 1434h, Presiden Mesir baru iaitu Muhammad Mursi telah berucap di majlis sambutan Maulid Nabi, sempena Maulidurrasul dan '25 Januari' tahun ke dua revolusi Mesir. Acara ini disiarkan secara langsung disaluran rasmi pemerintah. Majlis dihadiri wakil-wakil kerajaan, mufti-mufti, termasuk paderi-paderi kristian yang berada di sana. Antara ucapannya sempena milad Rasul saw, “Kita yakin Rasul saw datang ke hati kita” , juga berucap tentang keperibadian dan perjuangan Rasul saw yang patut dijadikan contoh dan ikutan. Ucapannya menggambarkan bahawa kepimpinan Islam yang dibawa oleh Rasul saw mendapat sokongan sekalipun dikalangan orang kristian. Ucapannya sebagai pemimpin Mesir baru disambut begitu meriah sekali. Semangat perjuangan Rasulullah SAW kekal sehingga ke hari ini. Malah setiap daripada kita sebenarnya mengimpikan untuk mendapat syafaat baginda. Bersempena Maulidur Rasul ini, sebagai umat Rasul SAW yang berada di alam fana ini,...

Wanita pertama masuk syurga ialah isteri penghibur suami.

Kesukaan Rasulullah saw hanya 3 perkara. Kata Rasulullah saw,  "Kesukaanku ialah isteri yang menghiburkan, sembahyang yang agung dan wangian yang harum." Para Isteri bila dapat menjadi penghibur kepada suaminya, maka ganjarannya sama dengan syahid yang Allah berikan kepada suami yang pergi ke medan jihad untuk membela membela agama Allah. Tercatat dalam kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama muktabar, yang menjelaskan kepada para isteri supaya berperanan sebagai penghibur kepada suami mereka, selain menjalankan tugas-tugas asas seperti menyediakan makan dan minum untuk suami dan ahli keluarga lain. Suami itu pemimpin yang Allah lantik dikeranakan faktor rohnya jauh mengatasi isteri. Bahkan suami ialah jambatan untuk seorang wanita mendapatkan mursyid. Umpama Nabi menjadi jambatan manusia mendapatkan Allah.

ROH TIDAK BERJANTINA.

Ketika Tuhan himpunkan seluruh roh manusia, dari manusia pertama diciptakan (Nabi Adam) hinggalah manusia yang terakhir, baik lelaki mahupun perempuan, budak mahupun dewasa, dilonggokkan setempat. Tuhan kumpulkan para roh ini sebelum ianya dimasukkan ke jasadnya, maka Tuhan bertanyakan kepada roh-roh tersebut. Firman Allah dalam Al Quran : وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam  dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi p...