Posts

SEMBAHYANG ADALAH WADAH MELAHIRKAN MASYARAKAT TAKUT TUHAN DAN RINDU NABI.

Allah-lah yang mensyariatkan sembahyang kepada hamba-hambaNya. Allah jualah yang memanggil Nabi Muhammad S.A.W. ke Sidratul Muntaha untuk dianugerahkan sembahyang itu. Allah yang mengajarkan sembahyang yang agung itu kepada baginda Nabi. Hasil bersembahyang membuatkan hati baginda S.A.W. tidak putus-putus lagi dengan Allah. Perasaan takut, harap, cemas, dan bimbang menguasai peribadi dan hati baginda disepanjang sembahyang. Segala bacaan dan perbuatan di dalam sembahyang yang Allah syariatkan itu benar-benar menghidupkan akal dan hati para hamba kepada Allah. اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhn...

TARIKAT ADALAH TRAINING CENTER UNTUK ROH.

Hari ini umat Islam hanya mengalami proses latihan-latihan akal yang pelbagai bentuk dan jenisnya di pusat-pusat pengajian mereka, sekalipun dalam bidang agama Islam. Hasilnya umat Islam dapat menguasai ilmu-ilmu tinggi diberbagai-bagai bidang kehidupan mereka.  Namun semua itu hanyalah sebahagian daripada apa yang sepatutnya mereka kuasai untuk menjadi seorang Islam yang baik.  Dalam Islam, teknologi roh kena diusahakan sebagaimana manusia gila-gila membangunkan teknologi lahir. Roh dilatih untuk menyuburkan segala-gala perasaan yang baik.  Ia juga untuk membenteras rasa-rasa hati yang jahat. Supaya seorang teknokrat Islam ialah seorang yang tidak sombong. Supaya seorang ulama’ Islam ialah seorang yang tidak berhasad dengki. Supaya seorang seniman Islam itu juga ialah seorang yang tidak bakhil. Supaya tokoh sains dan politik Islam itu juga ialah seorang yang sangat berkasih sayang. Demikian lah seterusnya; agar umat Islam itu ialah orang-orang yang bernilai...

KERAJAAN ROH MENCATUR DUNIA.

Menurut Abuya, tegakkanlah negara (roh) di dalam diri, nescaya akan terbangun daulah di peringkat negara. Pada peringkat ini, roh diproses dan diolahkan dirinya untuk membentuk satu batang tubuh halus yang dinamakan hakikat diri manusia. Jadi pada peringkat ini dinamakan Martabat Roh pada Alam Roh.  الصلاة معراج المؤمنين Sembahyang adalah mikraj orang orang mukmin. Tubuh ini merupakan tubuh batin hakiki manusia dimana batin ini sudah nyata Zatnya, Sifatnya dan Af’alnya. Ianya menjadi sempurna, teknologi roh ialah mukjizat bagi para nabi, karamah bagi para sahabat, para salafussoleh dan para wali dan maunah bagi orang soleh yang begitu percaya dan yakin dengan perkara-perkara ajaib dan ghaib.

ABUYA ADALAH GURU BESAR SEKOLAH ROH.

قوا انفسكم واهليكم نارا "Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka" At-Tahrim: 6 Abuya adalah pembela Al-Quran, Abuya juga adalah pemburu Janji Tuhan. Bila ditanya mengapa Abuya mengasaskan Arqam, spontan Abuya menjawab, "Saya terpengaruh dengan Hadis" . Ini membuktikan lagi bahawa Abuya memang pencinta Nabi S.A.W. Jadi, berdasarkan ayat Quran di atas, ianya sangat-sangat membentuk peribadi Abuya. Abuya dibesarkan dalam sekolah roh. Sejak kecilnya Abuya tidak seperti kanak-kanak lain. Dipisahkan Tuhan dengan ibunya, ini cukup membentuk roh Abuya agar bergantung dengan Tuhan. Cita-citanya terbentuk oleh sekolah roh ini. Jika kanak-kanak lain bercita-cita mahu jadi doktor, guru, askar, dan lain-lain, Abuya berlainan cita-citanya. Cita-cita Abuya nak berkeluarga besar, nak perjuangkan Islam dengan keluarganya, nak perjuangkan Imam Mahdi. Ini adalah hasil daripada sekolah roh tadi, yang dididik oleh Sayyidi. Abuya belajar dengan alam. Setiap yang di...

IKHWAN DAN ASOIB ORANG YANG PALING BAIK KHIDMATNYA.

خير الناس من ينفع الناس "Sebaik-baik manusia orang yang paling memberi manfaat kepada orang lain." Ikhwan dan Asoib adalah golongan yang bersama-sama dengan Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim, dalam menerajui kebangkitan Islam di akhir zaman. Ikhwan dan Asoib itu adalah mereka yang terpimpin hatinya; samada dalam berperasaan terhadap Tuhan, selaku hamba, mahupun dalam memimpin manusia kepada Tuhan selaku khalifah di atas muka bumi. Ikhwan dan Asoib adalah golongan wali Allah yang bukan sekadar mampu memberi manusia Tuhan, bahkan boleh beri makan kepada manusia, kata Abuya. Ertinya Ikhwan dan Asoib adalah wali yang memberi manfaat kepada manusia. Kalau hanya sekadar hebat beribadah, itu adalah hubungan dengan Allah, ianya tidak memberi manfaat kepada manusia sekelilingnya walaupun boleh sembahyang atas awan atau berjalan atas air. Memberi manfaat kepada manusia ialah dengan perkhidmatan yang disediakan. Bukanlah Ikhwan atau Asoib jika tidak mampu memberikan layanan ...

RAHSIA ABUYA MENERAJU KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA.

Abuya telah ditanamkan cita-cita yang besar dari kecil lagi. Ketika diusia kanak-kanaknya, permainannya ialah perang-perang antara tentera Imam Mahdi dan tentera dajjal. Begitulah Abuya, ketika remajanya pun tidak seperti remaja biasa. Suka mendengar kisah-kisah Imam Mahdi, hinggakan ianya mempengaruhi hati dan jiwanya serta perasaannya. Sudah tertanam cita-cita perjuangan Imam Mahdi dalam dirinya sejak kecil lagi. Abuya kata, walaupun dia tinggal seorang sahaja, dia akan berjuang perkenalkan Imam Mahdi, dia akan buat! Apa-apa pun yang menghalang tidak menggetarkan jiwanya. Inilah yang menggerunkan yahudi. Kerana telah terbukti apa yang dilakukan terhadapnya tidak mengganggu cita-citanya, bahkan semakin dihalang semakin kuat perjuangannya. Apa yang membuatkan Abuya kuat sebegini? Di zaman wanita tidak bertudung, malah memandang serong terhadap yang bertudung, Abuya berjaya perjuangkan syariat Islam, hingga kini rata-rata yang kita lihat kebanyakannya bertudung, walaupun tidak m...

KEJAHATAN-KEJAHATAN WAHABI MEMUSNAHKAN TAMADUN ROHANIAH ISLAM.

Wahabi adalah fahaman yang memisahkan umat Islam dengan Nabinya, Nabi Muhammad S.A.W. Apabila terputusnya hubungan umat dan Nabinya, maka secara otomatik terputuslah hubungan hamba dengan Tuhannya. Berikanlah hujjah, apa sebabnya Tuhan akan menerima hamba-Nya sekiranya kekasih-Nya telah ditolak mentah-mentah?! Sedangkan tidak sah Islam seseorang jika tidak beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beriman itu bukan hanya cakap, "Saya percaya Allah, Saya ikut Nabi" . Beriman itu dengan hatinya, lisannya, dan seluruh anggota badannya. Ertinya, tiga hal yang berkaitan ini tidak boleh salah satunya ditinggalkan, apatah lagi kalau semuanya ditinggalkan! Mulut mengaku umat Nabi Muhammad, tapi perbuatan tidak melambangkan begitu. Hati langsung tak percaya yang roh baginda ada bersama-sama kita. Kalau begini, hakikatnya dah tak beriman dengan Nabi Muhammad.