Posts

KEBANGKITAN ISLAM DENGAN ILMU DAN AKHLAK.

Sejarah telah mencatatkan bahawa kebangkitan Islam kali pertama yang berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W. bersamanya ilmu dan akhlak. Selain mendapat pertolongan Allah secara lahiriah mahupun ghaibiah, kebangkitan Islam pertama tidak boleh dipisahkan dengan ilmu yang disampaikan dari Allah kepada Rasulullah, itulah wahyu namanya. Wahyu itu yang kini tercatit sebagai Al-Quran, panduan dan rujukan buat umat Nabi Muhammad S.A.W.  Buah kepada ilmu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, lahirlah akhlak yang mulia. Akhlak yang agung ini menjadikan peribadi seseorang itu mulia bersamanya. Kerana akhlak inilah ramai para sahabat yang masuk Islam. Islam itu indah, kerana penganutnya mempunyai akhlak yang mulia. Kebangkitan Islam kedua juga pasti mengulangi yang pertama. Bezanya dulu Nabi Muhammad membantu dengan fizikalnya, kali ini fizikalnya tiada tetapi bantuan diberikan melalui roh baginda S.A.W., sepertimana roh baginda datang membantu para mujaddid terdahulu seperti Imam Gha...

ISLAM TIDAK KOMA MALAH SEMAKIN BERKEMBANG.

Maksud firman Allah: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).  Al-Baqarah : 214 " Kebangkitan Islam sekali lagi adalah pasti kerana ia adalah janji Tuhan." Jika kita kaji dengan hati dan akal yang bersih, suci, dan jernih, juga membaca sejarah, maka bukankah sudah menjadi sunnatullah dan sudah ditakdirkan oleh Allah; manusia di mana saja berada, di peringkat apa pun, walau bagaimana pun hebatnya, kita tidak dapat mengelak dari bala bencana, atau pun dari perkara yang tidak dis...

KHUTBAH RAYA PESANAN ABUYA.

Saudara-saudari sidang jemaah yang dihormati. Bulan Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita maka selesailah sudah puasa dan ibadah kita selama sebulan, dan pagi ini mari bersama-sama kita renungkan apakah hasil yang kita dapat daripada Ramadhan tahun ini. Sebulan kita berpuasa. Puasa ertinya mengekang nafsu. Bukan saja nafsu makan dan nafsu seks, tapi juga nafsu yang jahat jahat, yang difirmankan oleh Allah dalam Al Quran: "Sesungguhnya nafsu Amarah itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53) Di antara nafsu yang jahat itu ialah sombong, takabbur, pemarah, bakhil, hasad dengki, gila dunia, ujub, riak, gila kuasa, dendam, buruk sangka, bohong, mengampu, keluh kesah, gopoh-gapah, tidak redha, tidak sabar dengan takdir, mementingkan diri sendiri, tamak, degil, tidak tolak ansur, tidak bertimbang rasa, mencerca, mengumpat dan lain-lain lagi. Nafsu-nafsu ini senantiasa ada malah sudah menjadi perangai tetap kita. Sepanjang bulan puasa, adakah kita berpuasa dari mengikut k...

DOA KHATAM QURAN DI HUJUNG RAMADHAN.

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِه وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. اللهم ارحمني بالقرآن واجعله لي إماماً ونوراً وهدى ورحمة .. اللهم ذكرني منه مانسيت وعلمني منه ماجهلت وارزقني تلاوته آناء الليل وأطراف النهار واجعله لي حجة يارب العالمين * اللهم أصلح لي ديني الذي هو عصمة أمري وأصلح لي دنياي التي فيها معاشي وأصلح لي آخرتي التي فيها معادي واجعل الحياه زيادة لي في كل خير واجعل الموت راحة لي من كل شر * اللهم اجعل خير عمري آخره وخير عملي خواتمه وخير أيامي يوم ألقاك فيه * اللهم إني أسالك عيشة هنية وميتة سوية ومرداً غير مخزي ولا فاضح * اللهم إني أسالك خير المسأله وخير الدعاء وخير النجاح وخير العلم وخير العمل وخير الثواب وخير الحياة وخير الممات وثبتني وثقل موازيني وحقق إيماني وارفع درجتي وتقبل صلاتي واغفر خطيئاتي وأسالك العلا من الجنة * اللهم إني أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمه من كل بر والفوز بالجنة والنجاة من النار * اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها وأجرنا من ...

PERJUANGAN ABUYA MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERILMU DAN BERAMAL.

Sejarah perjuangan Abuya mencatatkan, beliau adalah seorang ulama yang hebat. Abuya menguasai pelbagai jenis ilmu dalam Islam. Malah, Abuya menguasai lebih daripada 10 jenis ilmu yang menjadi syarat untuk seseorang menjadi ulama. Abuya bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu tersebut malah beliau sangat mengamalkannya.  Daripada pengamalan ilmu-ilmu itu lahirlah model kehidupan Islam. Kerana ilmu-ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, bukan hanya bahan fikiran atau senaman akal sahaja. Ilmu itu bukan untuk berseronok memperkatakannya. Kerana itulah hasil pengamalan Islam melahirkan buah dan natijah yang sangat indah. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, nak dunia mesti dengan ilmu, mahukan akhirat pun perlukan ilmu. Mahukan kedua-keduanya pun perlukan ilmu. Ilmu yang diperlukan disini ialah ilmu yang boleh membimbing untuk menuju Allah dan akhirat. Ilmu yang akan diamalkan dalam kehidupan. "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang di...

ABUYA PENCETUS KELUARGA BESAR.

Abuya adalah pejuang Islam yang memperjuangkan keluarga besar. Tidak semua pejuang-pejuang Islam melakukan apa yang Abuya lakukan. Abuya memulakan perjuangan bersama keluarganya, ketika anak-anaknya seawal 2 tahun lagi sudah dibawa keluar bersama-samanya dalam perjuangannya. Sejarah perjuangan Abuya mencatatkan, Abuya mendidik anak-anaknya untuk hidup mati demi Islam. Bahkan ada anak-anak yang masih kecil, yang tidak faham cita-cita Abuya mengganggap Abuya tidak sayang mereka kerana Abuya bukan ayah seperti ayah-ayah yang biasa. Cita-citanya hanyalah untuk Islam dan melaksanakannya agar berlaku jadual Allah di akhir zaman. Cita-cita Abuya tidak hanya pada dirinya. Beliau melahirkan generasi yang akan menyambung cita-citanya itu, demi mendaulatkan Allah dan Rasul-Nya. Maka pada tahun 2007, Abuya dengan rasminya melancarkan bani-bani didalam jemaahnya. Bani-bani ini diterajui oleh keluarganya sendiri. Perkataan 'Bani' berasal daripada bahasa Arab yang bererti anak-a...

KEJAYAAN ABUYA MEMBINA KELUARGANYA.

Setiap perjuangan pasti diuji. Samada ianya perjuangan kebenaran ataupun kebatilan, ia pasti diuji. Yang menjadikan seseorang atau kelompok itu kuat atau terbukti kejayaannya, lihat bagaimana ia berpegang dengan prinsipnya ketika berhadapan dengan ujian. Apakah dikorbankan prinsipnya atau ia berpegang teguh dengan prinsipnya tadi. Salah satu kejayaan terbesar Abuya selain berdakwah dan perjuangkan Islam hingga menjadi cara hidup, beliau berjaya melahirkan keluarganya sebagai model perjuangannya. Kejayaan itu ialah bilamana keluarganya mampu berpegang pada prinsip dan dasar perjuangan Abuya, yang sangat berpegang teguh pada syariat Islam. Kejayaan itu terbukti bilamana diuji hingga mereka dicampak keluar dari perjuangan yang dibina Abuya oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Abuya berjaya melahirkan keluarganya sebagai satu thoifah yang menggenggam bara api Islam demi memastikan ianya kekal sepertimana Abuya menjaganya. Abuya berjaya membina keluarganya dalam m...