Posts

BANGSA BARU MEMBANGUN BERMODALKAN ALLAH.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (As-Saf:10-13). Orang Melayu jika ingin mengambil giliran menerajui empayar dunia atas nama Islam mestilah mempersiapkan diri dari sekarang. Melayu Baru ...

Pergiliran Kekuasaan Empayar Dunia Adalah Sunnatullah.

Tuhan yang menciptakan muka bumi ini, maka Dia jugalah yang menyediakan panduan atau kaedah bagaimana untuk mengekalkan kemakmuran di muka bumi ini. Tuhan tentunya punya kaedah-Nya sendiri untuk mentadbir bumi ini tanpa meminjam kaedah makhluk-Nya samada dari Timur maupun Barat. Pergiliran dan putaran antara baik dan buruk, quwwah dan taqwa, timur dan barat, senang dan susah, adalah di antara kaedah yang digunakan Tuhan dalam mengatur kehidupan ini. Ini adalah sebahagian daripada sunnatullah . Oleh itu keadaan akan bertukar, dunia akan berubah. Betapa ramai orang yang dihina akhirnya dimuliakan, ada yang asalnya senang akhirnya menjadi susah. Ada pula yang mulanya susah akhirnya disenangkan. Tidak kurang juga orang yang asalnya kaya akhirnya menjadi miskin dan orang yang miskin akhirnya menjadi kaya raya. Asal orang itu jahat bertukar menjadi baik. Pada hari ini dunia berjalan diatas sistem quwwah iaitu sesiapa yang memiliki kekuatan lahir seperti kekuatan tentera dan sebagainya, ianya...

PERTEMBUNGAN ANTARA HAQ DAN BATIL.

Penulis sempat menyambung silaturrahim dengan Bekas mufti Jordan  yang juga salah seorang sahabat Abuya iaitu Syeikh Dr. Noh Al -Qudho, bekas menteri agama Jordan, Syeikh Dr. Ali Faqeh dan beberapa kawan Abuya yang sangat membantu perjuangan Abuya di sana. Tak lupa juga jalinan ukhuwah ini disambungkan dengan ahli keluarga mereka yang juga berpengaruh dan berkedudukan dalam kerajaan Jordan. Baru-baru ini dapat berhubung kembali dengan kawan Abuya iaitu tokoh agama tempatan Jordan, Syeikh Mustafa Abu Romman, kami mengenali mereka semenjak kunjungan pertama ke Jordan pada 1986. Sempat mendoakan satu sama lain, kerana adab berkasih sayang yang dianjurkan Islam itu sangat indah. Saling mendoakan satu sama lain dengan kebaikan. Beliau berkongsi berita dan keadaannya yang semakin sibuk kerana wahabi kini sedang ditentang dimana-mana kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad. Sempat juga Syeikh Mustafa berkongsi pesanan Abuya padanya, yang sangat ada kaitan dengan kebangkitan Islam akhir za...

Ilmu Para Wali Untuk Semua Umat Manusia.

Ketika kedatangan Abuya ke Jordan, Abuya telah mendapat kawan, simpati, pengikut, dan murid dari kalangan penduduk tempatan. Mereka inilah yang memberikan sokongan dan dokongan kepada perjuangan Abuya di sana. Mereka terdiri dari pelbagai kabilah dan profesion. Salah seorang daripadanya adalah Syeikh Mustafa Abu Rumman, seorang rakyat tempatan dari penduduk asal Jordan. Syeikh Mustafa adalah murid dan pengikut Abuya yang telah diijazahkan wirid oleh Abuya ketika Abuya ziarah ke sana. Sebelum bersama satu tarikat dengan Abuya, Syeikh Mustafa bertarikat Rifa'ie atau Rifa'iyah. Dia kini salah seorang imam yang juga pendakwah di salah sebuah masjid di ibu kota Amman, Jordan. Masjidnya sering dikunjung murid-muridnya dari seluruh negara Arab. Sedikit sejarah tentangnya sebelum bertemu Abuya; ketika mudanya beliau adalah seorang tentera. Seperti pemuda yang lain jiwanya yang kosong sentiasa mencari pengisian. Hinggalah pada suatu hari dia didatangi seorang lelaki misteri yang membawa...

SUAMI ADALAH PEMIMPIN.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." (An-Nisa...

MELAYU BARU MENERAJUI EMPAYAR ATAS NAMA ISLAM.

Maksud firman Tuhan: "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali Imran:140). Hari ini kita selaku rakyat Malaysia merasa cukup berbangga dan bertuah apabila Malaysia dilihat sebagai model 'Baldatun Tayyibah' oleh negara-negara dalam OIC, iaitu sebuah organisasi negara-negara umat Islam yang terbesar di dunia ini. Perkara tersebut adalah satu rahmat Tuhan yang cukup besar buat kita yang tidak wajar dipersiakannya. Namun ramai yang tidak perasan ini sebenarnya satu isyarat dari Tuhan bahawa kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman ini bermula dari Timur, dan Timur yang dimaksudkan disini ialah Malaysia. Ia akan diterajui oleh orang Melayu dan bukannya di kalangan bangsa Arab dan bukan dari tanah Arab. Ini bere...

KEMBARA BERSAMA AL-QURAN BERGERAK.

Kembara bersama Al -Quran sangat membantu kita untuk mendapatkan kebenaran, menjadi abid dan pejuang, menyingkap perkara lahiriah dan rohaniah. Al-Quran juga membuktikan kebenaran pelbagai fakta sejarah dan kejadian umat umat terdahulu yang disampaikan oleh Tuhan kepada Rasul SAW. Bahrul Mait ( laut mati ) dan Ashabul Kahfi di Jordan, pembelahan laut oleh Nabi Musa as. di Mesir, rihlatasy syita'i wash shaif di Syria,Nabi Idris as., Harut dan Marut di Babylon, Iraq. Nabi Yahya di Damsyiq, Syria. Kaum Tubba' berjaya memasuki Samarqand di Uzbek dan Qarun di Fayyum Mesir. Rasulullah SAW juga digelar Al-Quran bergerak, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran "Akhlak peribadinya adalah Al-Quran" . Dalam ayat yang lain ada menyebut maksudnya, "Sesungguhnya pada diri engkau (wahai Muhammad) ada peribadi yang agung".  Sebagai Al-Quran bergerak berperanan memahamkan maksud Al-Quran yang bertulis terutamanya bagaimana hendak melaksanakan apa yang dimaksudkan Tuhan ...