ISLAM PERTENGAHAN MENGIKUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
Golongan militan di kalangan umat subur di Timur Tengah. Pertumpahan darah tak henti-henti berlaku sesama umat Islam. Perperangan antara rakyat sesama rakyat atau antara rakyat dengan pemerintah. Semuanya beragama Islam. Ajaran Islam yang kasar dan ganas dengan mudah mengkafirkan umat Islam lain yang tidak sealiran dengan meraka. Sangat mudah mengundang pergaduhan dan pertelingkahan. Anjuran Rasulullah SAW yang membawa rahmat dalam perbezaan pandangan dalam soal cabang Islam sudah tidak berlaku, sebaliknya dijadikan medan pergaduhan. Golongan militan yang kasar mempunyai daulah sebagai tapak untuk melancarkan gerakan mereka ke seluruh dunia. Mereka berpegang dengan ajaran Wahabi dan daulahnya di Saudi. Militan syiah daulah mereka di Iran. Nikah mutah berleluasa dan diterima di Iran. Ajaran wahabi tidak amalkan kahwin mutah tapi tetapi dengan nama yang lain iaitu nikah mishyar, konsepnya tetap sama. Menurut ahli sunah ianya tidak dibenarkan. Sebenarnya di waktu ini, Haramain ...