BERJEMAAH MENDAPATKAN HATI IKHWAN DAN ASOIB.
Orang roh atau orang yang kaya hati, mereka itulah pejuang sejati yang benar-benar ingin mengulangi kebangkitan Islam pertama. Orang ini juga disebut ikhwan dan asoib pada kebangkitan kedua. ASOIB yang disebut oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis adalah golongan yang fanatik Rasulullah dan para sahabat. Asoib berperanan membantu kebangkitan Islam kali kedua. Sebelum tiba masanya untuk membantu pemimpin akhir zaman secara fizikal (secara rohaninya membantu dengan doa sebelum kemunculannya). Dia benar-benar ingin mendapatkan hati yang gementar kerana cinta dan takutkan Tuhan. Hati ikhwan dan Asoib di kebangkitan kedua sama seperti hati para sahabat pada kebangkitan pertama. Orang roh atau orang yang kaya hati itu orang kaya hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hakiki. Orang roh atau orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya. Orang roh merasa cukup dengan Tuhan. Dia ...