PERJUANGAN TIMUR BERSAMA KEPIMPINAN UMMAH.
Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan perubahan manusia inginkan keamanan. Manusia sudah kehilangan kasih sayang. Samada orang bukan Islam dan orang Islam yang kehilangan kasih dan sayang di dalam kehidupan. Mereka meniru cara hidup haiwan bahkan lebih dahsyat lagi. Samada mereka sedar atau tidak. Ramai manusia yang telah terperangkap dengan budaya hidup liar bagaikan haiwan dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Kita bersyukur, kerana bumi Malaysia yang penuh berkat sebagai tapak kebangkitan Islam kali kedua, menjadi saksi perjuangan Timur. Negara-negara Islam di Timur Tengah semuanya bergolak dan sebahagiannya berlaku peperangan saudara. Perjuangan Islam di Timur mengambil pendekatan secara kasih sayang. Apakah persiapan minda dan jiwa kita semua dalam meneruskan perjuangan ini – perjuangan akhir zaman, perjuangan yang paling getir dan paling bermakna. Semoga hasil di dunianya akan kita lihat dan rasai sepenuh hati dan perasaan. Iaitu sebelum hasil ...