Posts

ULAMA PEWARIS NABI.

Image
Para ulama yang soleh terdahulu, mereka hidup berdikari. Cari rezeki dengan kudrat sendiri. Tak mengharapkan bantuan dan sumbangan masyarakatnya. Ada sebahagian mereka pembuat kasut, arkitek binaan, berniaga, mengembala dan berladang. Mereka mencari rezki macam orang lain, bezanya mereka menjadi rujukan dalam permasalahan di kalangan masyarakat. Ilmu mereka dijadikan panduan dan suri tauladan. Sebab mereka tidak sekadar bercakap, malah melahirkan model dalam kehidupan. Namun di akhir zaman, ramai yang berkata tidak mengkota. Walaupun menceritakan hal Nabi dan akhlak Nabi, tetapi dirinya tak terpuji. Masyarakat payah menerima kerana tiada contoh dalam kehidupan. Manusia perlukan panduan, perlukan praktikal dalam amalan. Nanti ahli agama akan terhukum dengan sendirinya, terhukum dengan sikap dan peribadi mereka sendiri.

PEMBELA SUDAH SEMAKIN HAMPIR!

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ber-sabda: لاَ تَذْهَبُ أَوْ لاَ تَنْقَضِي الدُّنْيَا حَتَّى يُمْلِكَ الْعَرَبُ رَجَلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِيْ، يُوَاطِىءُ اِسْمُهُ اِسْمِيْ "Dunia tidak akan hilang atau tidak akan lenyap hingga seseorang dari Ahlul Baitku menguasai bangsa Arab, namanya sama dengan namaku.” Dari Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الْمَهْدِىُّ مِنِّى أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ “Imam Mahdi berasal dari keturunanku. Beliau memiliki dahi yang lebar dan hidung yang mancung. Di masanya, akan tersebar keadilan di muka bumi, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezholiman dan kelaliman. Beliau akan berkuasa selama 7 tahun.” Abuya telah berjuang puluhan tahun membina jemaah Islam, membangunkan cara hidup Islam, ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, kebu...

TUN MAHATHIR DAN ABU SUFYAN, JADUAL ALLAH SEMAKIN DEKAT.

Image
Tanggal 14 Januari 2017 membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia. Parti baru dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Lebih sepuluh tahun yang lepas, Abuya telah berkata dan sentiasa mendoakan supaya Tun Mahathir diberikan hidayah dan menjadi seperti Abu Sufyan ke dua. Abu Sufyan R.A., ketika sebelum futuh Mekah telah bertemu Baginda saw dan Islam di depan baginda Nabi saw. Kemudian pulang dia ke Mekah membawa misi Nabi Muhammad saw yang tiada siapa pun di Mekah tahu melainkan Abu Sufyan sahaja. Pulanglah Abu Sufyan ke Kota Mekah lalu dibuat satu pengisytiharan, siapa yang masuk ke rumahnya akan selamat. Umumnya penduduk Mekah ketika itu dalam ketakutan dan kebimbangan kerana Nabi Muhammad saw dan para sahabat seramai 10 000 orang dalam perjalanan ke Kota Mekah, dan menunggu masa untuk masuk ke dalamnya. Ketakutan dan kebimbangan itu ialah, mereka mengandaikan bahawa umat Islam akan membalas dendam kepada mere...

BANTUAN ALLAH SWT TELAH TIBA.

Image
Firman Allah SWT: Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran:126) Sudah sampai masanya Allah SWT datangkan penyelamat, seorang utusan mewakili utusan Allah, seseorang yang bukan rasul namun mewakili rasul-Nya untuk memimpin dan menyelamatkan umat manusia. Sebelum lahirnya Baginda Nabi saw, umat terdahulu telah dikhabarkan akan kedatangan seorang rasul bongsu, rasul penutup, dialah paling istimewa di kalangan rasul-rasul dan nabi-nabi yang telah Allah swt utuskan. Lahirlah Nabi Muhammad saw, bersama tanda-tanda keajaiban dunia ketika itu. Terpadam Api Majusi yang ribuan tahun tak pernah-pernah padam, maka ketika kelahiran Baginda saw, ketika itulah ia padam. Istana Kisra Parsi atau Raja Parsi ketika itu runtuh. Runtuhlah teknologi canggih yang a...

MALAYSIA BENTENG AHLI SUNNAH, DAN SELAMAT DENGANNYA.

Image
Era politik akan berakhir tak lama lagi. Politik yang berkiblatkan barat atau politik cara barat akan jatuh dan lumpuh. Jatuhnya sistem ini bersama dengan isinya. Ertinya, sesiapa yang bersama politik ini juga akan jatuh sekali, ibarat pisang jatuh setandan. Politik sedia ada kini bukan lagi relevan dan penyelesai masalah, malah ianya adalah punca masalah. Ianya tempat jatuh menjatuhkan, hina menghina, buruk memburukkan, dan 1001 lagi keburukan yang membawa mudarat kepada rakyat. Ini kerana politik yang ada bukanlah membawa manusia menuju Allah swt dan akhirat. Malah kerana politik manusia semakin jauh dengan Allah, semakin lupakan akhirat. Malaysia juga tak berkecuali daripada senario politik yang busuk dan jijik. Politik menjadi tempat manusia berebut pangkat, mengumpul harta kekayaan, menjatuhkan, menghina, dan bermacam lagi kejahatan yang merosakkan iman manusia. Namun ramai tidak sedar bahawa politik adalah satu ajaran dan fahaman yang sesat dan menyesatkan. Kerana polit...

PERJUANGAN ABUYA TELAH BANYAK DISELEWENGKAN.

Image
Islam bukan sekadar satu akidah kepercayaan atau suatu pegangan. Ia adalah satu sistem hidup. Di dalamnya terkandung berbagai hukum-hakam dan perundangan serta sistem-sistem yang melibatkan akidah dan ibadah. Sama ada ibadah yang berbentuk lahir mahupun rohaniah. Ibadah lahir itu apa yang dinamakan syariat dan ibadah rohaniah itu ialah apa yang dinamakan tasawuf. Inilah dia Iman (Akidah), Islam (syariat), dan Ihsan (Tasawuf). Bila kita hendak berbuat dan berjuang untuk kebangkitan Islam, berbuat untuk Allah dan Rasul, tidak cukup hanya dengan semangat-semangat sahaja. Apapun yang hendak kita lakukan, asasnya kena ada ilmu. Samalah juga dengan berjuang, sebelum nak berjuang, kena ada ilmu. Jadi dengan adanya ilmu itu, kena difahaminya pula. Dengan faham, baru boleh datang penghayatan seterusnya melaksanakannya. Tanpa ilmu manusia boleh tersesat jalan. Tanpa ilmu manusia takkan kenal Tuhannya, Allah swt. Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu ada mengatakan, العِلْمُ إِمَامُ العَمَل...

APAKAH KITA SUDAH BENAR-BENAR MERDEKA?!

Image
Selepas tujuh ratus tahun wujudnya empayar Islam, sedikit demi sedikit kawasan jajahan empayar Islam dijajah oleh kuasa kuasa Barat termasuk Britain, Perancis, Belanda, Portugal dan lain-lain lagi. Jajahan empayar Islam dibuatkan sempadan dan dibahagi-bahagikan di antara kuasa-kuasa penjajah tersebut. Lahirlah berbagai negara di kawasan empayar Islam yang dahulunya adalah di bawah naungan satu pemerintahan. Di kawasan timur tengah iaitu di kawasan umat berbangsa Arab sendiri, Britain telah menubuhkan berbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Jordan, Iraq, Syria dan sebagainya. Di utara Afrika, Perancis menubuhkan Algeria, Tunisi Libya, Maghribi dan lain-lain lagi. Benua ke India pula dipecah dua kepada India dan Pakistan. Begitulah seterusnya yang berlaku di kawasan-kawasan dunia Islam yang lain. Malaysia (atau Malaya) ketika itu tidak terkecuali. Disebabkan pengaruh penjajahan ini, banyak perkara yang besar-besar telah hilang dan umat Islam. Di antaranya, umat Islam telah hilang sa...